as salam.....
hye uolsss.Wtpe tu?sihat???ok hrni..aku nk inform korg 1 bnd tntg penyusuan esklusif.
Apa itu Penyusuan Eksklusif Susu Ibu?
- Penyusuan eksklusif susu ibu bermaksud bayi hanya diberi susu ibu sahaja tanpa makanan atau minuman lain selama enam bulan pertama.
Tips Ke Arah Penyusuan Eksklusif Susu Ibu
1) Berazam dan niat sejak mengandung lagi yang anda mahu menyusukan bayi anda secara eksklusif sehingga 6 bulan dan kemudian secara sepenuhnya hingga berumur 2 tahun
2) Banyakkan membaca info tentang penyusuan, cara penyimpanan susu yang betul, teknik pump,jenis pump yang sesuai dengan budget anda dan keperluan sampingan lain seperti cooler bag, plastic storage, bottle warmer dan lain (ini penting bagi ibu yang akan pump stok susu)
3) Semasa mengandung terutamanya buat ibu yang beranak sulung, amalkan petua ini
- Memasuki Trimester ke-3, cuci puting payudaraanda setiap malam bagi membuang kotoran di lubang susu. Sapu minyak (baby oil) dan gentel puting anda.
- Buat ibu yang ada ‘inverted nipple’ atau puting tidak timbul, amalan di atas adalah wajib supaya puting tidak tenggelam dan menyukarkan bayi untuk menghisap sebaik lahir nanti.
- Memasuki Trimester ke-3, amalkan mengurut payudaraanda setiap malam untuk merangsan penghasilan susu. Cara: picit sedikit di bahagian atas payudara dan urutkan perlahan ke bawah menuju ke puting.
- Rata-rata ibu akan mengalami masalah susu tidak keluar di hari pertama. Petuanya sebulan sebelum bersalin, amalkan pam 3x sehari selama 10 minit untuk rangsang pengeluaran susu.
4) Selepas bersalin, terus berikan bayi anda susu badankerana bayi anda perlukan ‘colostrum’
- Colostrum adalah susu awal yang biasanya berwarna kekuningan yang penuh dengan antibodi yang bayi perlukan.
- Tidak perlu tunggu bayi anda dibersihkan. Pesan kepada jururawat untuk memberikan bayi anda untuk disusukan sebaik bersalin.
5) Tujuh hari pertama kelahiran adalah penting untuk anda memberi susu badan secara terus (bayi terus hisap dari payudara).
- Elakkan pump dan penggunaan botol susu kerana ia boleh mengganggu proses penghasilan susu secara semulajadi.
6) Sebarang susu formula dan air kosong adalah dilarang sama sekali kerana boleh mengganggu proses penyusuan.
- Pemberian susu formula mengakibatkan perlbagai masalah seperti cirit-birit dan ekzema serta menjadi punca utama obesiti.
- Amalan memberi air kosong akan mendedahkan anak anda kepada risiko jangkitan, kekurangan nutrisi, merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa bayi , merendahkan suhu badan bayi, akibatkan kembung perut dan sawan tarik.
7) Lazimnya ibu muda yang beranak sulung pasti menghadapi masalah susu tidak keluar beberapa hari pertama. Usah risau kerana perut bayi hanya sebesar kacang peas. Berikan susu ibu sekerap yang bolehdan insyaAllah pemberian secara kerap akan melancarkan pengaliran susu apabila memasuki hari ke-2 atau ke-3.
8) Penyusuan mengikut jadual dilarang sama sekali. Susukan bayi dengan kerap mengikut kemahuan bayi (on-demand).
- Perhatikan tanda-tanda awal bayi lapar seperti mulutnya mencari-cari sesuatu, mulutnya terbuka luas apabila disentuh atau dia membuat pergerakan seperti menghisap.
9) Mulakan sesi pump seawal 2 minggu selepas bersalinsupaya anda boleh menyediakan bekalan susu secukupnya apabila masuk kerja nanti.
10) Dapatkan sokongan keluarga terdekat terutamanya suami. Apabila susu tidak keluar anda pasti panik dan sedih lebih-lebih lagi apabila bayi mula menangis. Dalam keadaan panik dan tertekan, penghasilan susu lebih mudah terganggu.
- Minta ahli keluarga pujuk bayi dahulu
- Peranan suami pula tenangkan isteri anda dan beri dorongan serta kata-kata semangatbahawa isteri anda mampu menyusukan anak anda secara eksklusif.
Semoga tips-tips yang saya kongsikan di atas membantu bakal ibu lebih bersedia dalam merealisasikan impian anda untuk menyusukan anak secara eksklsuif. Alhamdulillah tinggal lagi 2 minggu untuk saya berjaya dalam perjalanan saya menyusukan anak secara eksklusif dan semoga terus dimurahkan rezeki untuk terus menyusukan anak sepenuhnya sehingga 2 tahun setengah.
so,aku pon salah sorg di antaranya.sebenarnya x yah malu klw nk bf d khalayak ramai.asalkan korg tau jga batas.Contohnya,pakai bju yg bf.kan senang nak selak.just tarik dan selak.dah boleh bf si kecik...aku pon cmtu.mai bg jer.dh anak nangis kn,x kn nk bia pulak.....tp jgnla sampai tunjuk aset kita kat org.wat malu jo....
dekat fb page ni dia jual baju nursing..smada jubah@blouse.Harganya mampu milik k.Around RM56-RM99jeer...ok sgt.amikla sikit duit gaji invest utk bnd cmni.sng nak sarung n selesa nak bf.Percayalah....
Ok.itu shj.Tatatititutu
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment